Sinopsis: EMPAYAR BARAT TENGAH MATI KAT BANDAR DIA SENDIRI. DAN KAU SEDANG RASA BAHANGNYA KERANA SELAMA INI KITA HIDUP BERLANDASKAN SISTEM MEREKA.
Pembaca terhormat aku, baca dan hadam tulisan pemikiranku dipagi dingin ni di Air Keroh, Melaka walau kau beristirihat di London, New York, Paris, Berlin, Sydney. Atau KL, Penang, Johor.
Sebab cerita ni bukan pasal “negara jauh”. Ni pasal harga beras naik, sewa rumah cekik darah, dan gaji kau makin nipis walaupun kau kerja overtime ( dan buat Grab semasa orang lain berehat)
Kita diajar ini akibat perang timur tengah, inflasi dunia lah, resseci”. No, Salah.
Ni bahana empayar barat tengah makan diri sendiri. Sebab selama 300 tahun dia kenyang dengan hisap darah orang lain. Sekarang darah tu dah berhenti mengalir.
1. DEAL 300 TAHUN YANG DAH MATI
Dari 1700-an sampai 2000-an, formula Barat simple:
Ambil aset murah dari orang lain, subsidi gaya hidup dia.
Contoh yang kau rasa sampai hari ni:
- Kapas: Kilang Manchester hidup sebab kapas murah dari India & Mississippi. Benggala kebulur 1769-1773, 10 juta mati. Manchester kaya.
- Getah: Tayyar kereta Detroit, kasut Dunlop London. Semua getah murah dari Malaya & Congo. Di Congo bawah Leopold, potong tangan kalau tak cukup kuota getah.
- Timah & Cobalt: Timah dari Tanah Melayu masuk tin sardin British. Hari ni iPhone kau ada cobalt dari Congo. 70% cobalt dunia dari sana, lombong guna budak umur 7 tahun gaji $2 sehari.
- Minyak: BP dulu nama dia Anglo-Persian Oil. Iran dapat 16% hasil minyak dia sendiri sampai 1951. Bila Mossadegh nak nasionalisasi, kena rampas kuasa 1953.
- Buruh: Dari hamba Afrika, ke kuli India, ke kilang Bangladesh $0.30/jam jahit seluar jeans $200.
Hasilnya? Pekerja kilang Birmingham tahun 1950 rasa dia “kelas menengah” sebab ada paip air & TV. Tapi petani Jawa masa sama makan ubi kayu je. Beza tu bukan sebab orang Birmingham rajin. Sebab sistem pam kekayaan masuk Birmingham.
Deal tu dah tamat. Sebab “paip” dah kena tutup.
2. PAIP DAH KENA TUTUP. SATU-PERSATU. DI DEPAN MATA KITA.
Ni bukan teori. Ni berita 2022-2026.
A. Duit minyak lari dari dollar
- Arab Saudi: 2023, terima yuan untuk minyak China. Kali pertama sejak 1974 pecah deal petrodollar.
- UAE: Jual LNG ke Perancis guna yuan, bukan USD.
- Maknanya: Selama 50 tahun, kalau nak beli minyak kena ada dollar dulu. Jadi seluruh dunia terpaksa simpan dollar. Sekarang tak lagi. Bila permintaan dollar jatuh, kuasa US cetak duit ikut suka pun jatuh.Akibatnya ialah Inflasi yang melanda kita melalui kos import barang barang keperluan harian.
B. Negara jual-beli tanpa Barat
- China-Russia: 95% dagang guna yuan/ruble dah, bukan USD. Tahun 2021 baru 25%.
- India-Russia: Beli minyak guna rupee. India jimat $7 bilion 2023 sebab dapat diskaun & tak kena bayar ikut rate dollar.
- Brazil-China: Deal 2023, dagang terus yuan-real. Tak payah convert USD dulu.
- ASEAN: Malaysia, Indonesia, Thailand setuju guna mata wang tempatan untuk 80% dagang sesama sendiri mulai 2026.
C. Afrika halau “tuan” & ambil balik barang
- Mali, Burkina Faso, Niger: 2022-2024, halau tentera Perancis keluar. 1300 askar Perancis balik kosong.
- Niger: Julai 2023, rampas kuasa. Oktober 2023, nasionalisasi uranium. Perancis dapat 35% uranium untuk reaktor nuklear dia dari Niger, bayar harga 2006. Sekarang Niger jual ikut harga pasaran.
- Burkina Faso: 2024, batal lesen 8 lombong emas syarikat Barat. “Kami lombong sendiri”.
- Mali: Bina kilang tapis emas pertama sejarah, 2024. Sebelum ni emas mentah terbang ke Switzerland, Mali dapat royalti 3% je.
Dulu kalau Afrika buat macam ni, kena rampas kuasa atau kena bom macam Libya 2011. Sekarang? Perancis bising, tapi tentera dia dah balik. Sebab polis dunia dah tak cukup peluru.
3. TENTERA MASIH ADA, TAPI ASYIK KALAH
Empayar bila jatuh, dia ada satu je tool yang dia percaya: bom. Masalahnya bom dah tak jalan.
Check rekod 25 tahun:
- Afghanistan 2001-2021: $2.3 trilion hangus. Taliban perintah balik 11 hari lepas US keluar.
- Iraq 2003-2011: Saddam jatuh, tapi ISIS naik. Kos $1.9 trilion. Minyak Iraq sekarang China yang dapat kontrak paling besar.
- Libya 2011: Gaddafi mati. Negara jadi pasar hamba moden & pintu migrant ke Eropah. Minyak Libya pun tak stabil.
- Syria 2011-2024: Assad masih ada. Russia & Iran pegang sana.
- Niger 2023: ECOWAS ugut masuk tentera lepas rampasan kuasa. Tak jadi. Sebab Wagner & sentimen anti-Perancis kuat.
- Ukraine 2022-2026: $175 bilion dari US saja. Russia ambil 20% wilayah, masih pegang. Sanksi tak runtuhkan ruble.
Tentera US masih paling mahal dunia: $916 bilion setahun. Tapi menang? Tak. Sebab perang sekarang bukan pasal jajah tanah. Pasal kawal aliran modal. Dan modal dah tak dengar cakap Washington.
4. BILA TAK BOLEH JAJAH LUAR, DIA JAJAH RAKYAT SENDIRI
Ni part yang pedih. Tool yang guna kat Congo, Indonesia, Honduras, 1970-an, sekarang U-turn balik kena kat rakyat London & Detroit.
Bukti depan mata:
-Debt trap: Pinjaman student US cecah $1.77 trilion. Purata graduan hutang $37k sebelum kerja hari pertama. Sama macam IMF bagi pinjam kat Kenya, syarat potong subsidi.
- Prison labor: US ada 1.9 juta banduan. 800k kerja dalam penjara gaji $0.23-$1.15/jam buat furniture untuk pejabat kerajaan. Itu definisi buruh paksa PBB.
- Surveillance: London ada 942,000 CCTV, paling padat dunia. 1 kamera untuk 9 orang.
- Mass eviction: US, 3.6 juta kes buang rumah fail kat mahkamah 2023. UK, 25% generasi milenial confirm takkan mampu beli rumah.
- Two-tier policing: Perancis, polis tembak Nahel 17 tahun 2023 sebab tak berhenti. Riot 3 minggu. Banding dengan layanan polis kat kawasan kaya Paris 16th.
- Permanent renter: Blackstone beli 300,000 rumah US lepas 2008, sekarang jadi landlord terbesar. Sewa naik 31% 2020-2024.
Dulu kita baca ni dalam buku sejarah pasal “kolonial”. Sekarang kau baca bil letrik, bil sewa rumah kau yang semaking mencanang.
5. “TAPI BARAT MASIH KAYA KAN?”
Betul. Buat masa ni. Sebab empayar tak jatuh dalam 24 jam. Rome ambil 300 tahun. British ambil 50 tahun lepas WW2.
Tanda orang kaya dah blah dulu:
- Wang lari: Sovereign wealth fund Norway $1.6 trilion. 52% labur kat Asia & Timur Tengah, bukan Europe.
- Billionaire pindah: 2023, 8,500 jutawan keluar UK, rekod paling tinggi. Pergi Dubai, Singapore, Milan.
- IPO lari: 2024, 90% IPO tech besar pilih listing kat Shanghai, Hong Kong, Mumbai. Dulu semua nak NASDAQ.
- Passport kedua: Peter Thiel dah ada NZ. Eric Schmidt apply Cyprus. Golongan 0.1% beli citizenship macam beli insurans. (Bila tikus mula lari, banjir siap melanda tak lama lagi).
6. 20 TAHUN AKAN DATANG: DUA DUNIA BERBEZA
Untuk kau kat Barat:
Gaji real dah flat sejak 2008. Lepas ni makin teruk.
- NHS UK: Waiting list 7.6 juta orang, 2024.
- Insurans US: Purata family plan $23,968 setahun. 43% rakyat skip ubat sebab mahal.
- Pencen: Perancis naik umur pencen 62 ke 64, rakyat rusuh 3 bulan. Jerman cakap kena kerja sampai 70.
- Rumah: Toronto, harga median rumah $1.16 juta. Gaji median $62k. Kena 18.7 tahun gaji tak makan minum baru lepas.
Dan setiap kali ni jadi, skrin TV akan jerit: “Salah migrant! Salah China! Salah iklim! Salah TikTok!”
Bukan. Ni matematik. Paip murah dah tutup.
Untuk Global South:
Takde siapa cakap ni syurga. Multipolar = banyak bos, bukan takde bos.
Tapi beza dia: ada pilihan.
- Hutang: Dulu nak bina keretapi kena pergi IMF, kena potong subsidi minyak. Sekarang boleh pergi China Exim Bank, atau New Development Bank BRICS. Bunga mungkin tinggi juga, tapi takde syarat “pecat 10,000 cikgu”.
- Teknologi: Indonesia stop eksport nikel mentah 2020. Paksa China & Korea bina kilang bateri kat Sulawesi. Sekarang Indonesia eksport bateri, bukan tanah.
- Suara: African Union masuk G20 2023. Dulu cuma South Africa. Sekarang 55 negara Afrika ada kerusi.
Kelam kabut tak? Ya. Perang proksi kat Sudan sebab UAE vs Saudi rebut pengaruh. Rampasan kuasa sebab bos lama vs bos baru. Tapi perbezaan dia: buat pertama kali sejak 1492, bos tu bukan semestinya putih & cakap bahasa london.
7. SO KITA NAK MARAH SIAPA?
Bukan migrant yang mencari kehidupan yang lebih selamat. Dia lari sebab kampung dia kena bom atau akibat iklim.
Bukan makcik welfare. Dia dapat SARA RM150 sebulan, bukan £89 bilion.
Bukan China. China tak suruh sykt gergasibBlackstone beli semua rumah kat Manchester dan berkomplot untuk menjadi Raja seantero dunia.
Marah kat kelas yang pegang but. But yang sama yang memijak leher rakyat Congo sejak 1900, pijak UAE kini di 2026.
But tu ada nama: pemilik modal. Dia takde bendera. Tahun 1980 dia duduk London. Tahun 2025 dia duduk Dubai. Tahun 2035 mungkin dia duduk Shenzhen. Tapi dia tak duduk dengan kau.
Dia dah alih duit. Lepas ni dia alih passport. Bendera negara akan jadi benda terakhir dia lipat. (Bak kata Najib...Cash is King!)
8. PENUTUP: EMPAYAR TAK MATI DENGAN UPACARA
1492 Columbus sampai Caribbean.
2026 Niger nasionalisasi uranium.
Jangkamasa 534 tahun.
Empayar tak jatuh sebab ada orang buat protes. Lumrahnya ia jatuh sebab kelas atasan yang berpaksi kepada duit sebagai tuhan berkata ...duit sedang bercakap dan ia berkata sekarang dah tak untunglah!
Kelas yang memiliki Modal dah berkira: lagi murah buat chip kat Malaysia dari Ohio. Lagi untung jual minyak guna yuan dari dollar. Lagi selamat simpan emas kat Beijing dari Fort Knox.
Bila modal gerak, tentera & ahli politik ikut kemudian. (Selalu lambat 20 tahun).
Jadi kalau kau rasa hidup makin sempit, dan berita salahkan benda yang tak masuk akal, ingat balik ayat ni: Empayar tengah makan diri sendiri. Sebab dunia luar dah berhenti suap dia.
Dan itu bukan salah kau. Tapi kau yang kena hidup dalam bangkai dia.
Jaga diri. Simpan duit tempat betul. Belajar skill yang laku dalam era krisis global. Sebab 20 tahun akan datang bukan pasal negara mana menang. Pasal individu mana sempat lompat kapal.
---Symptoms" keruntuhan empayar zahir barat dah mula kita rasa dan akan makin ketara bila empayar barat retak dari dalam tak lama lagi.
Kita bukan penonton. Malaysia duduk tengah-tengah laluan paip lama tu. Bila paip bocor, tempias kena kita dulu. Ni yang kau boleh expect nampak dengan mata sendiri, bukan teori:
1. Ekonomi: Barang naik, tapi gaji macam tu je
Kenapa: 50 tahun kita hidup dalam dunia “dollar murah”. Minyak, chip, gandum semua harga ikut USD. Bila dollar goyah & negara lain trade direct, kos import kita jadi yo-yo.
Tanda akibat keruntuhan system empayar barat kat Malaysia:
- Barang dapur: Gula, tepung, baja — semua import. Rizab ringgit malaysia kesemuanya dalam USD, ya. Bila wang dia turun nilai, maka nilai simpanan kita juga menjunam. Bila ringgit lemah vs USD, harga naik walaupun barang tu dari Thailand. Sebab Thai pun quote harga ikut USD. 2022-2024 kita dah rasa. Lepas ni lagi kerap. Tetapi dalam keadaan masa kini apabila Ringgit melonjak kita perlu was- was terhadap kemungkinan diatas.
- Sewa kedai & rumah: Modal asing parking kat KL/Penang/JB sebab “selamat” dari Europe. Tengok TRX, Iskandar. Tapi local yang meniaga kena bayar sewa level Dubai. Melayu bandar jadi “permanent renter” macam London. KL city dah 43% isi rumah menyewa, 2010 cuma 28%.
- Gaji: FDI masuk kilang chip kat Penang & Kulim, tapi gaji jurutera RM3.5k-RM5k je. Sebab owner kira: “Malaysia masih murah dari Taiwan”. Kita jadi Mexico baru — kerja high tech, gaji Global South.
- Subsidi tarik: IMF dah tak kuat, tapi “fiscal discipline” masih jadi agama MOF. Minyak, elektrik, PTPTN akan kena “rasionalisasi” sebab kerajaan nak jaga rating kredit bila dollar tak stabil. Ayat sama macam UK potong NHS.
Contoh real: Mac 2024, kerajaan tarik subsidi ayam. Ayam naik 20% seminggu. Alasan rasmi “pasaran bebas”. Alasan sebenar: bajet kena potong sebab hasil cukai tak kejar bayar hutang dalam USD.
2. Politik: Skrip “salah migrant/china/DAP/PAS” ulang tayang
Kenapa: Bila hidup susah, elit akan tunjuk jari kat orang lain supaya kau tak tanya “mana pergi duit”.
Tanda kat Malaysia:
- Migrant jadi punching bag: Dulu Rohingya, sekarang Bangladesh, Nepal. Kemudian India, China, Melayu B40 dan seterusnya. (Padahal 70% ladang & kilang tutup kalau diorang balik). Tapi bila beras naik, headline: “PATI my rempit hantar duit balik RM6 bilion setahun”. Sama macam UK salahkan dinghy.
- China card: Bila ECRL, Forest City, pelabur China masuk, ayat: “jual negara”. Bila Intel, Tesla masuk: “pelaburan high impact”. Walhal dua-dua bos luar. Ni copy paste skrip US vs China.
- Budaya perang: Bila sewa tak mampu bayar, tiba-tiba isu “stokin kalimah Allah”, “konsert Coldplay”, “buka kedai nombor”. Benda ni penting, tapi timing naik bila ringgit jatuh bawah 4.70. Classic distraction.
- Two-tier policing: Kes rasuah juta-juta DNAA, tapi budak curi Milo kena penjara. Sama macam London: HSBC cuci duit kartel kena denda, gelandangan tidur luar kena saman.
Rule of thumb: Lagi kerap kau nampak isu kaum/agama main kat TV3 & TikTok, lagi kuat tanda ekonomi bocor.
3. Barang & servis: Dari “terjamin” jadi “nasib”
Kenapa: 300 tahun Barat kaya sebab dia kontrol bekalan. Bila kontrol tu pecah, bekalan jadi rebut.
Tanda kat Malaysia:
- Ubat & hospital: 90% API ubat dunia dari China & India. Bila US/EU rebut stock, Malaysia kena queue. KKM dah start “ubat gantian” masa COVID. Lepas ni Panadol pun boleh shortage bila musim demand tinggi.
- Beras: Kita import 30% beras, dari Vietnam, Thailand, India. 2023 India stop eksport beras putih. Harga beras import naik 36% overnight. India utamakan rakyat dia dulu. Kita? Kena main harga cartel Bernas.
- Elektrik tak stabil: TNB jana 70% guna gas & arang batu import. Qatar & Indonesia sekarang jual LNG ikut yuan/rupee juga. Kalau ringgit jatuh, tarif naik. Sabah/Sarawak dah rasa lojik ni: kawasan kaya hydro, tapi kampung masih blackout.
- Internet & data: AWS, Google, Azure semua caj USD. Bila dollar mahal, SME Malaysia bayar server 20% lebih. Last-last caj tu turun kat kau bila beli Shopee.
4. Sosial: Retak dari dalam
Kenapa: Tool empayar paling murah = pecah belahkan orang bawahan.
Tanda kat Malaysia:
- Generasi putus asa: Graduate 2024, starting RM2.2k. Sewa bilik KL RM800. Tolak EPF, tinggal RM1.2k. iPhone RM5k. Dia kira: “Baik aku jadi grab, tak payah degree”. Ni dah jadi kat UK: 1/3 graduan kerja non-graduate job.
- Jenayah survival: Scammer, along, dadah bukan sebab “budak rosak”. Sebab gaji kilang RM1.7k tak lepas beli susu anak. Cartel dadah Sinaloa & Talahassee dulu pun mula sebab NAFTA bunuh ladang jagung Mexico. Malaysia? Ketum, batu, online casino.
- Lari keluar: Dulu brain drain pergi Singapore. Sekarang nurse, cikgu, engineer lari Dubai, NZ, Australia. Sebab gaji 3x, rumah mampu milik. Sama macam jutawan UK lari Dubai. Cuma kita export tenaga, dia export duit.
- Bandar vs kampung: KL/Penang dapat LRT, data center, chip. Kelantan masih banjir, air karat. Jurang ni akan jadi bahan api politik. Empayar suka simpan “internal colony” untuk pecah-belah.
5. Peluang: Tapi kita bukan kosong
Global South dapat “bargaining power” bukan ayat kosong. Malaysia ada kad:
1. Komoditi: Sawit, getah, petroleum, E&E. Dulu jual mentah ke Barat. Sekarang China, India, Timur Tengah nak direct. Indonesia dah stop eksport nikel mentah — paksa bina kilang bateri kat sana. Kita boleh buat sama untuk sawit: stop eksport CPO, wajib tapis jadi biodiesel & oleokimia kat Lahad Datu.
2. Lokasi: Selat Melaka = 40% dagang dunia lalu. Bila US/EU gaduh dengan China, kita jadi jalan tikus. Sebab tu pelabuhan Melaka, Kuantan, Penang berebut pelabur.
3. BRICS & mata wang: Bank Negara dah join mBridge dengan China/UAE/Thailand. Test transfer guna digital yuan. Kalau jadi, lepas ni beli barang China tak payah USD. Import jadi murah 3-5% sebab skip conversion.
4. Tenaga: Kita ada gas, ada matahari 12 jam. EU tengah berebut gas sebab Russia tutup paip. Kalau kita jaga elok, kita boleh jadi “Arab Saudi ASEAN” untuk tenaga.
Risiko: Kalau elit kita jual murah juga, kita tukar tuan putih ke tuan lain je. Bezanya kali ni kita ada pilihan nak deal
Apa kau boleh buat level individu? Intipati 5 tahun kehadapan....
1. Income: Jangan harap satu gaji RM. Cari skill yang laku USD/yuan — coding, design, solar, HVAC, nurse, welding. Remote job bayar USD = untung bila ringgit jatuh.
2. Hutang: Elak hutang kereta mahal, personal loan. Interest naik bila OPR ikut Fed US. Rumah kalau nak beli, kira betul-betul DSR bawah 30%. Empayar mati, bank tetap cekik.
3. Makanan & tenaga: Belajar tanam sayur basic, pasang solar kecik. Bila supply chain gagap, kau tak panik.
4. Simpanan: Jangan 100% dalam RM. Pecah sikit ke emas, USD, SGD. Bukan suruh lawan negara, tapi insurans. Orang kaya dah lama buat.
5. Politik: Undi isu ekonomi, bukan isu stokin. Tanya calon: “Macam mana nak pastikan kilang chip kat Batu Kawan bagi gaji RM8k bukan RM3k?” Kalau dia pusing cerita kaum, dia tengah main skrip empayar.
Bottom line untuk Tanah Melayu:
Empayar Barat jatuh tak bermakna kita automatik senang. Dia jatuh macam pokok balak — tumbang slow, tapi ranting kena kepala kita dulu.
10 tahun depan: harga barang main gila, sewa cekik, politik bising. Tapi pintu baru pun buka: kita boleh jual terus ke India, pinjam duit dari UAE, bukan dengar cakap Washington je.
Bezanya: Sakit dan pertambahan keperitan hidupan harian tu confirm. Tapi buat pertama kali, kita boleh pilih ubat sendiri.
Kau dah nampak tanda mana paling jelas kat tempat kau?
