Sunday, March 27, 2016

Kutipan dari : http://muslioli.blogspot.my/2016/01/orang-kita-gila-pangkat-dan-gelaran.html

ORANG KITA GILA PANGKAT DAN GELARAN!



Tunku Abdul Rahman 

Kira-kira sebulan lalu seorang kenalan diberi ucapan tahniah kerana mendapat PhD daripada sebuah universiti luar negara. Beberapa bulan sebelum itu dia juga mendapat gelaran "Datuk" entah dari mana saya tidak ingat. Setahu saya kenalan ini sekadar lulusan SPM. Mungkin dia mendapat first degree secara pengajian jarak jauh atau secara on line, saya tidak pasti.

Namun akhir-akhir ini sudah menjadi satu kegilaan dikalangan rakyat mengejar pangkat dan gelaran. Nampaknya ramai merasa bangga meletakkan title Dr, Ir atau apa-apa sahaja yang  dipangkal nama atau di hujung nama mereka. Ada yang tidak segan silu meletakkan title Datuk atau Datuk Seri atas poket baju atau name tag. Seingat saya bekas Perdana Menteri hanya letak nama "Mahathir" tanpa ada sebarang gelaran atas name tagnya.

Saya juga kerap dipanggil Datuk jika menetap di hotel yang kerap dikunjungi orang politik. Kawan-kawan saya pun ramai yang bergelar Datuk. Adakalanya saya jadi keliru dan tak tahu mana yang betul-betul Datuk.

Penganugerahan pingat kebesaran adalah hak dan kuasa Sultan dan raja-raja Melayu termasuk gabenor dan TYT negeri-negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Penang. Pingat dan kebesaran itu biasanya sebagai mengenang jasa mereka kepada negeri dan negara.

Perdana Menteri pertama, Almahrum Tunku Abdul Rahman tidak pernah diberi anugerah Datuk, Dato, Datuk Seri, Tan Sri atau Tun. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba hanya dipanggil Encik sehingga dia bersara dan diberi anugerah Datuk. Prof Diraja Ungku Aziz, seorang tokoh akademik tersohor juga tidak pernah digelar Datuk atau Tan Sri,

Dalam kabinet pertama Tunku, daripada 15 anggota kabinet, hanya 5 orang yang diberi anugerah Datuk. Menteri Kewangan pertama, Tan Siew Sin cuma diberi gelaran Tun setelah bersara dari kerajaan dan politik.

Dua orang Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Pow Nee dan Dr Lim Chong Eu hanya masing-masing dapat gelaran Tan Sri dan Tun setelah mereka bersara.

Tidak apalah jika semua pemimpin yang ada jawatan kerajaan diberi gelaran Datuk kerana sumbangan mereka kepada rakyat dan negara. Begitu juga pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai peranan besar seperti Ketua Bahagian parti politik.

Apakah yang membezakan pemimpin dahulu dan sekarang?

Dulu pemimpin kerajaan dan politik bukan orang berniaga. Samada mereka bergelar Datuk atau Tan Sri tidak memberi sebarang kesan terhadap diri mereka kerana matlamat  hanya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Hari ini pemimpin tinggi, menengah atau rendah perlu gelaran dan title kerana ingin bersaing bukan sahaja mendapatkan kedudukan lebih tinggi dalam parti dan kerajaan tetapi untuk berniaga...

No comments:

Post a Comment

What is a 'HINDU' ?

In 1995, Chief Justice P. B. Gajendragadkarwas quoted in anIndian Supreme Court ruling:

When we think of the Hindu religion, unlike other religions in the world, the Hindu religion does not claim any one prophet; it does not worship any one god; it does not subscribe to any one dogma; it does not believe in any one philosophic concept; it does not follow any one set of religious rites or performances; in fact, it does not appear to satisfy the narrow traditional features of any religion orcreed. It may broadly be described as away of life and nothing more.

Common Misunderstandings on Hinduism

Vedanta (and all Hinduism) is entirely monistic, believing only in the all-pervading world-soul, Brahman, rather than a personal God

This advaita philosophy is certainly popular, and offers a simple explanation of the many deities. Nonetheless, many theologians have considered God to be a person. He is not merely an anthropomorphic representation, nor are the various deities and murtis simply incarnations or representations of an impersonal Supreme.

Thus Hinduism includes both monism and monotheism. It is misleading to call the Abrahamic religions,"the monotheistic traditions," implying that monotheism is absent from the Eastern traditions. Vedanta includes many monotheistic schools. They may accept the existence of many gods and goddesses, but strongly emphasizes the pre-eminence of the Supreme Deity.



Previous writing links here:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Quotable Qoutes

We are all apt to believe what the world believes about us.
(George Eliot -1819 - 1880)


We are the people our parents warned us about.
(Jimmy Buffet)
"The hottest places in Hell are reserved for those who in times of great moral crisis maintain their neutrality."

(Dante Alighieri )





Blog Archive