16th.June, 2016
Malam Anugerah Presiden Rangkaian Usahawan Dewan India Melaka (IEcM)
Tanggal 12hb November, 2016 di Ramada Plaza Hotel Melaka, Rangkaian Usahawan Dewan India Melaka (IEcM) akan memberi inspirasi dan mendedahkan kepada mata dunia, semua peserta kami yang dicalonkan sebagai petanding untuk Malam Anugerah Rangkaian Usahawan Presiden IEcM dan dalam proses itu, menjadikan impian dan kenyataan memuliakan pemenang yang dipilih sebagai Pemenang Anugerah Rangkaian Usahawan Presiden IEcM 2016 terjerlah.
Malam Anugerah Rangkaian Usahawan Presiden IEcM adalah usaha sulung kami sebagai rangkaian Dewan Usahawan India Melaka untuk mengiktiraf dan meraikan kejayaan Individu Masyarakat India Malaysia dalam bidang Perniagaan.
Kami percaya bahawa dengan membolehkan ekuiti dalam jenama Rangkaian Dewan Usahawan kami melalui pameran dan promosi individu berjaya dalam bidang perniagaan di masyarakat setempat, matlamat kami untuk meningkatkan profil individu, ahli dan pergerakan Rangkaian usahawan kami dalam komuniti perniagaan yang lebih luas di semua peringkat tempatan, kebangsaan dan serantau akan direalisasikan.
Ini akan dilakukan melalui Penjenamaan dan Promosi syarikat dan produk para pemenang dalam semua Media Cetak, Rangkaian Sosial & hubungan antarabangsa Rangkaian Dewan usahawan kami - melalui proses pencalonan, tapisan dan pemilihan secara keseluruhannya.
Hanya di Melaka sahaja, data statistik menunjukkan bahawa terdapat 3000 individu warisan India Malaysia yang terlibat dalam bidang perniagaan. Malam Anugerah Presiden Rangkaian Usahawan Dewan India Melaka seperti ini, pada pendapat umum tepat pada masanya untuk menyenarai pendek kisah kejayaan indidvidu individu berjaya ini dan dijadikan iktibar & semangat serta mendorong memberi manfaat kepada seluruh rakyat India Malaysia setempat.
Akan terdapat juga keuntungan ekonomi melalui proses promosi ini , yakni, kami di rangkain Usahawan Dewan India Melaka percaya Pembangunan di bidang Perniagaan setempat boleh bersinar lebih cerah sekiranya individu-individu yang bejaya ini diberi platform untuk mentrampilkan diri dan produk mereka dan kami sungguh-sungguh percaya usaha Penjenamaan dan Promosi melalui Malam Anugerah ini akan menggalakkan mereka untuk membangunkan perniagaan mereka demi kejayaan masa depan, ke arah yang lebih tinggi.
Jadi, secara ringkas, untuk melihat kesan pengganda ekonomi berlaku dalam masyarakat India setempat, proses pemerkasaan mesti bermula & langkah pengtirafan dan melihati perkhidmatan mereka disiarkan kepada khalayak yang lebih besar akan membantu kearah itu.
Bagi pemilik perniagaan India semasa yang ingin berkongsi kisah kejayaan mereka dengan kami, maklumat lanjut dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malam Anugerah Dewan Usahawan Presiden kami atau untuk memuat turun borang pencalonan kami, sila layari: www.iecm.my
Untuk sebarang pertanyaan peribadi proses penamaan calon, sila hubungi Encik Haridas Krishnan @ 017 413 8384.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan dan penempatan buku cenderamata sila rujuk Dr.Mitesh C.A @ 012 631 8885
Pencalonan Peraduan ditutup pada 31 Ogos 2016 dengan rasminya dan calon pemenang akan diumumkan pada 12hb November 2016. Semua pemilihan calon oleh ahli jawatankuasa dan keputusan hakim adalah muktamad.
Sekian.
Yang Berusaha,
Gunabalan
(012 6050 446)
Setiausaha Kehormat 2014-2016
Dewan Rangkaian Usahawan India Melaka (IEcM)
No comments:
Post a Comment