Pada pandangan saya, kita sebagai sebuah negara sedang menuju ke arah satu dekad dimana satu keadaan keributan geopolitik yang memanjang dijangka melanda rantau kita serta menhantui perkembangan ekonomi negara kita.
- Didalam dekad yang kita akan harungi ini, akan kelihatan bahawa andaian andaian biasa dalam proses demokrasi akan semakin berkurangan,
- juga yang saya takut akan ada peningkatan kelemahan dalam sistem pemantauan kesihatan sejagat negara akibat kenaikan mendadak kos insuran dan kos ubat ubatan,
- peningkatan asset dan kekayaan segolongan kecil peniaga dan ahli politik elit dan peningkatan dalam jurang antara yang berada dan yang kurang berada,
- kemusnahan sektor sektor perniagaan tertentu akibat kesan perubahan iklim (yang akan dicanang sebagai sebab kenapa kos barangan dan inflasi harus meningkat).
Saya lihat tempoh lima tahun akan datang ini akan merangkumi perubahan ketara yang membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan bagi sebahagian besar pekerja pekerja kolar biru di dunia terutama dalam struktur masyarakat sivil.
Apa yang diperlukan rakyat kita dihari hari akan datang itu ialah daya tahan.
Mereka - mereka yang kini mengawal sektor kewangan, sektor teknologi, akan meraut kekayaan yang melimpah limpah dalam hari hari akan datang melalui proses digitalisation dan teknologi dan akan menggunakan segala cara yang mereka ada untuk mengekalkan kedudukan mereka, dan itu termasuk penggunaan AI dan keselamatan persendirian (tentera persendirian yang berkesan). Kita di Asia akan terkejut beruk melihat aksi golongan elit ini di hari hari akan datang.
Maka, akan tibalah satu hari dimana, sukar untuk menentukan perbezaan antara asset awam seperti polis dan tentera dan aset kawalan atas kehendak apa yang secara berkesan akan menjadi 'kelas pemerintah.' (Antara Oligarky dan Plutokrasi)
Sebilangan besar manusia akan wujud sebagai hamba gaji hari ini, akan hanya bermampu mempunyai sedikit daya tahan sekiranya dilanda kepincangan hidup (atau emergency), dalam menghadapi perubahan atau pertukaran persekitaran yang dramatik akibat climate change ....
Sebagai satu contoh ekstrim sekiranya, akibat perubahan iklim dan percubaan terdesak manusia untuk mengekalkan rupa kualiti hidup mereka, berlaku satu lagi perkembangan baru virus khusus yang selanjutnya dapat merebak dengan lancar dalam khalayak ramai. Tidak diambil kira dalam hal ini ialah penggunaan senjata pemusnah kimia, biologi atau nuklear oleh negara negara penyangak.
Saya berharap peristiwa sebegini tidak akan berlaku dalam dekad maupun zaman akan datang kerana ia akan membawa kepada kehancuran besar populasi manusia dalam dunia.
Malapetaka ekonomi pula, akan datang apabila sokongan kerajaan berkurangan akibat kehabisan dana atau option akibat inflasi memuncak berpanjangan ataupun situasi dimana kadar hutang bank yang perlu dibayar melambung akibat kenaikan OPR (seperti kebelakangan ini), bermakna kerosakan dan kejatuhan daya tahan dan standard hidup kepada berjuta-juta isi rumah yang mungkin boleh pulih menjelang 2025 tetapi kemakmuran serta prestasi kemajuan anak-anak mereka akan ditukar akibat kelepasan peluang yang mungkin berlaku secara kekal. (kelepasan peluang seperti memasuki uni, peluang berkarier dalam bidang pekerjaan yang lumayan dsb)
Ibu bapa saya dan ramai ibu bapa rakan saya hidup melalui zaman inflasi tinggi 70an. Ia secara kekal mengubah cara mereka berfikir tentang pekerjaan mereka, wang dan jaringan keselamatan yang ada untuk mereka, sering menjadikan mereka lebih berjimat, kurang berminat dengan kepenggunaan demi kepentingan sendiri dan lebih prihatin untuk memastikan keluarga mereka dapat bertahan dalam masa kesukaran.
Kesemua yang dihurai diatas, kesannya melemahkan struktur masyarakat sivil, yang merupakan benteng mempertahankan kepentingan masyarakat untuk memastikan teknologi, politik dan kapitalisme bertanggungjawab menolong kita dalam kehidupan harian kita dan bukan menyusahkan kita.....
Isu peringkat kemudaratan sistem ekologi masyarakat sivil ini akan mempunyai pelbagai kesan terhadap setiap insan / individu / rakyat, tetapi saya fikir kos jangka panjangnya akan menjadi ketara. Polisi negara terhadap masyarakat majmauk dan keprihatinan terhadap penjagaan hak asasi individu akan berkurangan, dan kekurangan dalam muafakat antara polisi kerajaan dan masyarakat ini hasilnya membuat hidup individu dan rakyat menjadi kurang stabil dari segi kewangan dan hak asasi kerana sistem mengutamakan golongan berada.
Teknologi juga akan terus menguatkan logik neoliberal yang meletakkan individu di tempat yang sangat tidak menentu.
Perkara ini tidak akan lebih jelas daripada dalam bidang penjagaan kesihatan.
Kita mempunyai begitu banyak pengetahuan dan teknologi dalam ruang kesihatan hari ini, begitu banyak pencerahan baru tentang organ - organ dalam badan kita, cara reaksi ubatan atas organ dan badan kita namun kerana sistem ini mengutamakan rantaian bekalan (supply chain) konsep emosi dan peradaban kita antara penjaga dan pesakit terputus apabila sistem mengutamakan S.O.P lebih dari penjagaan manusia dan juga mengakibatkan ketidaksamaan dalam akses kepada penjagaan kesihatan yang minima untuk setiap rakyat yang kurang berkemampuan, berada pada tahap tertinggi setiap masa.
Tulisan saya tentang hari hari akan datang ini bukanlah untuk menakutkan para pembaca tetapi merupakan intipati keresahan jiwa saya hari ini yang ingin saya berkongsi bersama anda semua.

No comments:
Post a Comment